KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) tidak dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi di sini untuk menjalankan tanggungjawab memberi didikan agama kepada tiga beradik mualaf yang kini dipelihara ibu beragama Buddha. Perkembangan itu diputuskan oleh Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz selepas menolak permohonan MAIPs untuk melaksanakan perintah variasi terhadap ketiga-tiganya. Ketika menyampaikan keputusannya, Hakim Hayatul Akmal berpuas hati, permohonan MAIPs tidak melibatkan kepentingan terbaik kanak-kanak tersebut kerana…