Anwar, Mahmoud Abbas adakan perbualan telefon isu Gaza

Anwar, Mahmoud Abbas bincang perkembangan terkini di Gaza

ANWAR IBRAHIM dan MAHMOUD ABBAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini berada di Riyadh, Arab Saudi sempat  membincangkan perkembangan terkini di Gaza dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.

Perdana Menteri dalam ciapan terbarunya di aplikasi X berkata, dalam perbincangan melalui panggilan telefon itu antara lain beliau dan Mahmoud sepakat usaha tuntas perlu dijalankan bagi menghentikan sebarang bentuk keganasan yang melanda ketika ini.

“Kami juga berharap agar semua pihak dapat berusaha untuk memastikan bantuan kemanusiaan disalurkan dengan segera kepada rakyat Palestin.

“Semasa perbualan ini, saya juga menerima penjelasan terkait serangan yang dilakukan rejim Zionis ke atas orang awam, sayugia kami berdua mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tersebut,” ciapnya.

Anwar mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) hari ini di Riyadh, Arab Saudi.

Menurut Kementerian Luar Negeri, Sidang Kemuncak ASEAN-GCC itu adalah pertama kali diadakan ini sebagai platform penting dan peluang dalam memperkukuh lagi hubungan antara negara-negara Anggota ASEAN dan GCC melalui kerjasama politik, ekonomi dan sosio-budaya.

Ini termasuk membincangkan isu-isu serantau dan antarabangsa berkepentingan bersama.

Sejurus selepas  tamat Sidang Kemuncak tersebut, Anwar dijadual mengadakan lawatan rasmi ke Arab Saudi atas jemputan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed Salman Al Saud.

Agenda utama semasa lawatan ini adalah untuk meneruskan perbincangan bagi mempertingkatkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Arab Saudi. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN