Lelaki parah ditikam akibat masalah hutang - Utusan Malaysia

Lelaki parah ditikam akibat masalah hutang

SEORANG lelaki cedera parah pada bahagian kaki dan perut akibat ditikam menggunakan senjata tajam dalam pergaduhan membabitkan masalah hutang dalam kejadian di sebuah pasar awam di George Town, Pulau Pinang petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Seorang lelaki cedera parah pada bahagian kaki dan perut akibat ditikam menggunakan senjata tajam dalam pergaduhan membabitkan masalah hutang dalam kejadian di sebuah pasar awam di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, terdahulu polis menerima panggilan berhubung kejadian pergaduhan yang berlaku di kawasan pasar itu kira-kira pukul 3.10 petang.

Menurut beliau, ketika anggota polis tiba di lokasi kejadian, didapati seorang lelaki berusia 26 tahun berada di dalam sebuah kereta dalam keadaan cedera dan berlumuran darah.

“Mangsa yang mengalami kecederaan luka tikaman di bahagian kaki dan perut kemudiannya dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk menerima rawatan lanjut dan keadaannya kini dilaporkan stabil.

“Hasil siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan masalah hutang,” katanya di sini malam ini.

Menurut beliau, susulan kejadian itu, polis menggerakan operasi memburu suspek dan berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 51 tahun di Macallum di sini, pukul 6.40 petang tadi bagi membantu siasatan.

Katanya, siasatan mendapati lelaki itu mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan dadah, namun ujian saringan air kencingnya bebas sebarang pengambilan dadah.

Jelas beliau, permohonan reman ke atas suspek akan dibuat untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah menggunakan senjata.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian ini juga diminta menghubungi balai polis terdekat atau pegawai penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Timur Laut, ASP K. Linkeswaran di talian 04-2181831 bagi membantu siasatan.

“Kita juga menasihati orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi dan menularkan sebarang gambar atau video berkenaan kejadian tersebut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya