Laporan tragedi Batang Kali telah diklasifikasikan

Laporan tragedi Batang Kali telah diklasifikasikan

ALEXANDER NANTA LINGGI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Faktor pencetus utama insiden tanah runtuh yang berlaku di Batang Kali, Selangor telah diklasifikasikan kepada orang awam.

Menteri Kerja Raya, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, Kementerian Kerja Raya (KKR) adalah antara agensi keselamatan yang turut terlibat dalam laporan penuh tragedi tersebut.

Katanya, orang awam boleh mendapatkan laporan terkini Batang Kali melalui laman sesawang Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

“Sebagai langkah pencegahan awal, kementerian juga telah memohon peruntukan daripada kerajaan untuk alatan keselamatan.

“Kami berterima kasih kepada Kementerian Kewangan atas peruntukan yang diberikan,” katanya pada Majlis Pra-pelancaran Sambutan Hari Profesion Teknikal Negara Tahun 2023 (HPTN 2023), hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mengulas mengenai pembangunan aplikasi MyJalan yang bakal menjadi platform aduan setempat (one stop centre) bagi memudahkan pengguna membuat aduan.

Katanya, pihak KKR akan cuba bertindak segera untuk menyelesaikan aduan-aduan yang telah dibuat oleh orang awam melalui aplikasi tersebut.

“Saya merayu kepada pihak lain yang berkaitan supaya bersama-sama dalam program MyJalan ini.

“Memandangkan ada aduan daripada orang awam, saya rasa aplikasi ini berkesan. Mungkin terlalu awal untuk menilai tapi setakat ini aplikasi ini mendapat sambutan menggalakkan,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya