Kuasa besar dunia seolah-olah lupa keganasan Israel -Tok Mat

Kuasa besar dunia seolah-olah lupa keganasan Israel -Tok Mat

ANWAR Ibrahim ketika berucap di hadapan ribuan orang ramai dalam Himpunan Malaysia Bersama Palestin di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil, semalam. - UTUSAN/ AMIN AZMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta membawa suara rakyat negara ini bagi mendesak masyarakat antarabangsa menghentikan kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kehadiran puluhan ribu rakyat dalam Perhimpunan Malaysia Bersama Palestin jelas tanda solidariti negara terhadap kesengsaraan yang dialami penduduk Gaza.

Katanya yang juga Menteri Pertahanan, kuasa besar kini diibaratkan melelapkan mata dan seolah-olah terlupa terhadap isu keganasan Israel terhadap Palestin sehingga mengakibatkan ramai yang terkorban.

“Bukan sahaja mendiamkan diri, malah, mereka menyatakan sokongan terhadap Israel,” katanya ketika menyampaikan pidato di Himpunan Malaysia Bersama Palestin di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil di sini, malam tadi.

Jelasnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu membawa suara rakyat Malaysia untuk mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya melakukan sesuatu bagi menghentikan keganasan yang melibatkan krisis kemanusiaan.

“Malam ini dan seterusnya, kita bersatu hati memberi sokongan dan bantuan kepada rakyat Palestin.

“Marilah sama-sama kita menderma sebanyak yang mampu untuk membantu dan berharap sempadan Rafah dibuka supaya bantuan kita dapat disampaikan sebanyak mungkin,” katanya.

Dalam pada itu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kesombongan zionis Israel akan tamat yang mana rakyat di seluruh dunia menyokong perjuangan rakyat Palestin.

“Pertubuhan bukan kerajaan dan orang bukan Islam di Eropah kini bangun membela rakyat Palestin,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, sekarang, bukan masanya untuk rakyat Malaysia bercakap tetapi untuk mengambil tindakan memberi pembelaan terhadap saudara Islam di Palestin.

“PMX (Perdana Menteri) lakukanlah apapun, kami akan menyokong dan kami akan korbankan harta dan nyawa kami untuk saudara kami,” katanya.

Tambahnya, rakyat Malaysia mahu Netanyahu dibawa ke mahkamah dunia untuk diadili atas kekejamannya terhadap Palestin.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya