Kerajaan Perpaduan sedia bantu GPS hadapi PRK DUN Jepak

Kerajaan Perpaduan sedia bantu GPS hadapi PRK DUN Jepak -Ahmad Zahid

AHMAD Zahid Hamidi (tengah) bercakap dalam sidang akhbar selepas hadir Mesyuarat Penyelarasan Antara Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah bersama Exco-Exco Luar Bandar (MEXCLUB) di Hotel Sheraton di Kuching, Sarawak hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Kerajaan Perpaduan sedia membantu Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, bagaimanapun, beliau yakin GPS merupakan sebuah parti Sarawak yang cukup kuat untuk memenangi PRK itu nanti. 

“Kita yakin GPS merupakan sebuah parti Sarawak yg cukup kuat dan Jepak merupakan kerusi tradisi GPS. Oleh itu, kita yakin GPS mempunyai jentera yang kuat untuk memenangi DUN Jepak. 

“Tetapi, sekiranya pada PRK DUN Jepak, jika kita diminta untuk membantu, kita akan membantu,” katanya dalam sidang akhbar selepas hadir Mesyuarat Penyelarasan Antara Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah bersama exco-exco luar bandar (Mexclub) di Hotel Sheraton di sini hari ini. 

Ahmad Zahid yang juga merupakan Presiden UMNO berkata demikian ketika ditanya adakah kerajaan akan membantu GPS menghadapi PRK DUN Jepak akan datang. 

Baru-baru ini, Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg beri jaminan akan meletakkan calon dari parti itu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak. 

Bagaimanapun, Abang Johari masih belum beri bayangan individu ataupun calon yang akan dipertaruhkan daripada parti tersebut. 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Jepak, Sarawak pada 4 November depan.

Timbalan Pengerusinya, Dr. Azmi Sharom berkata, tarikh penamaan calon pula pada 21 Oktober depan manakala undi awal ditetapkan pada 31 Oktober 2023.

“Sejumlah 22,804 pemilih terlibat dengan peruntukan kos kira-kira sebanyak RM2 juta,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas PRK DUN Jepak di sini hari ini.

Kerusi DUN Jepak diisytiharkan kosong susulan kematian penyandangnya, Datuk Talib Zulpilip pada 15 September lepas.

Talib, 72, menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira jam 5.50 petang ekoran komplikasi buah pinggang setelah dimasukkan ke pusat perubatan sehari sebelumnya.

Allahyarham ialah penyandang kerusi DUN Jepak di bawah Parlimen Bintulu selama enam penggal sejak 1996.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya