Kerajaan perlu wujudkan suruhanjaya pantau sumbangan NGO

Kerajaan perlu wujudkan suruhanjaya pantau sumbangan NGO

Zairulshahfuddin Zainal Abidin (kiri sekali) bergambar bersama panel Wacana Pengamal Media: Solidariti Palestin di Pusat Penyiaran TVAllhijrah, Kompleks Pusat Islam, di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu wujudkan satu suruhanjaya bagi memantau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam menguruskan dana ke Palestin.

Aktivitis yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Islamic Relief Malaysia (IRM), Zairulshahfuddin Zainal Abidin berkata, sehingga kini, terdapat lebih 70,000 NGO yang menguruskan dana bantuan ke Palestin.

“Rakyat Malaysia sangat pemurah dan baik hati tetapi pada masa yang sama, kita perlu memastikan pihak yang bertanggungjawab tidak mengambil kesempatan terhadap mereka.

“Bagi memastikan tadbir urus yang baik, satu suruhanjaya perlu diwujudkan dengan segera kerana kita mempunyai banyak NGO yang berdaftar,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Wacana Pengamal Media: Solidariti Palestin di Pusat Penyiaran  TVAllhijrah, Kompleks Pusat Islam, di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menjadi panel dalam program berkenaan.

Turut hadir dalam wacana itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Naim Mokhtar; Aktivis Palestin, M. Sahool Hammed; Ahli Parlimen Ipoh Timor, Howard Lee; Pengarah  Asia Middle East Center (AMEC) Penyelidikan dan Dialog, Dr. Muslim Imran dan pengamal media dari pelbagai agensi.

Wacana itu bertujuan membincangkan dan menyampaikan maklumat semasa berkenaan konflik yang berlaku di Palestin seterusnya membentuk kefahaman dalam kalangan pengamal media sebagai penggerak solidariti masyarakat Malaysia.

Zairulshahfuddin berkata, pihaknya ingin mewujudkan masyarakat yang prihatin dan penderma yang kritikal serta memikirkan perjuangan untuk mendidik masyarakat tentang konflik yang berlaku di Palestin. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN