KBS bantu pasukan Flag Football layak ke Olimpik 2028 - Utusan Malaysia

KBS bantu pasukan Flag Football layak ke Olimpik 2028

Flag Football
ADAM Adli Abdul Halim ditemui pemberita selepas merasmikan kejohanan Kejohanan Flag-Football Peringkat Asia-Oceania di Shah Alam, Selangor hari ini. - UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedia memberikan bantuan kepada pasukan Flag Football negara ini untuk layak ke Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim berkata, KBS akan bertemu Persatuan American Football Malaysia (MAFA) dan pihak lain berkaitan bagi membincangkan hala tuju sukan berkenaan dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Kejayaan menganjurkan kejohanan ini menjadi bukti MAFA serius mahu pasukan Flag Football Malaysia setanding dengan negara kuat dalam sukan itu.

“MAFA memperkenalkan sukan Flag Football kepada pihak KBS beberapa bulan lepas dan sedikit sebanyak memberikan makluman mengenai sukan itu sendiri,” katanya selepas merasmikan Kejohanan Flag-Football Peringkat Asia-Oceania, hari ini.

Sementara itu, Presiden MAFA, Mohd. Shahmil Bahari memaklumkan, sebanyak 11 pasukan daripada sembilan buah negara yang mengambil bahagian dalam kejohanan ini.

Menurutnya, pasukan Malaysia menghantar dua pasukan, iaitu pasukan lelaki dan wanita yang rata-rata berumur lingkungan 20-an.

“Saya harap pasukan negara dapat layak ke Piala Dunia Flag Football 2024 yang dijangka diadakan di Finland. Harap pihak KBS dapat memberikan bantuan seberapa banyak yang mungkin sekiranya pasukan negara layak ke Piala Dunia,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya