Jangan laga-lagakan kami - Sarimah Ibrahim - Utusan Malaysia

Jangan laga-lagakan kami – Sarimah Ibrahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengacara dan penyanyi, Che Puan Sarimah Ibrahim, 45, berharap netizen tidak menggunakan statusnya di platform X yang tular baru-baru ini sebagai bahan untuk melaga-lagakan dia dengan pengacara, Elly Mazlein, 42.

Jelas Sarimah status berkenaan dibuat secara terbuka dan tidak ditujukan mana-mana pihak.

“Saya tidak komen mengenai cara pengacaraan sesiapa. Program itu pun saya tidak tonton, maaf, sebab hari Ahad saya sangat sibuk dengan kelas lakonan dan meluangkan masa bersama-sama keluarga.

“Jadi, apa yang saya kongsikan di media sosial tiada kena mengena
dengan sesiapa atau program apa. Persepsi orang berbeza dan cuba menjadi batu api.

“Saya sudah 28 tahun di dalam industri hiburan dan tidak mahu komen tentang gaya mengacara sesiapa kerana ia berbeza mengikut kesesuaian majlis. Asalkan profesional” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Sarimah baru-baru ini mencuri perhatian apabila memuat naik status yang didakwa seakan-akan mempersoalkan keperluan tiga pengacara dalam rancangan televisyen popular All Star Gegar Vaganza.

Menurut penyanyi Kini Kau Tiada itu lagi kesempatan menonton rancangan program nyanyian berkenaan adalah bertujuan untuk memberi sokongan kepada rakan selebriti seperti Jaclyn Victor dan bukannya mencari kesilapan sesiapa.

“Rancangan hiburan adalah untuk menghiburkan bukan meminta kita menjadi pengkritik atau juri.

“Saya mahu fokus lakonan dan keluarga, tiada ada masa nak duduk dan perhatikan kesilapan orang lain.

“Itu bukan cara saya. Industri kita kecil, kita kena sokong antara satu sama lain,” tambahnya.

Dua minggu belakangan ini nama Elly atau Kak Lina tular  dianggap berlebih-lebihan dalam mengacarakan program sedemikian.

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

BERITA BERKAITAN