Israel langgar undang-undang antarabangsa - Utusan Malaysia

Israel langgar undang-undang antarabangsa

SEBAHAGIAN orang awam yang menyertai Himpunan 10K Solidariti Palestin berhimpun dan berarak dari Masjid KLCC ke pekarangan Kedutaan Amerika Syarikat. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:  Situasi yang berlaku di Palestin bukannya satu peperangan namun penghapusan bangsa.

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, tindakan Israel yang menyerang Palestin telah melanggar undang-undang antarabangsa.

“Ini bukan peperangan antara (agama) Yahudi dan Islam, bukan peperangan antara Israel dan Hamas tetapi ini penghapusan bangsa.

“Kepada negara-negara Barat, bukalah mata anda, ini adalah pembunuhan besar-besaran, satu kemusnahan (holocaust), kamu tahu apa sebenarnya yang berlaku, kamu tahu Israel melanggar undang-undang antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Himpunan 10K Solidariti Palestin di ibu negara yang turut dihadiri Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN