Indonesia tidak akan henti penghantaran pekerja ke Malaysia

Indonesia tidak akan henti penghantaran pekerja ke Malaysia

V. SIVAKUMAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Spekulasi bahawa Indonesia bakal menghentikan penghantaran rakyatnya untuk bekerja di negara ini adalah tidak benar, malah, perbincangan mengenai perkara itu masih rancak di antara kedua-dua negara.

Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata, setakat ini, beliau belum menerima sebarang surat rasmi dari Indonesia untuk menghentikan perkhidmatan Pekerja Domestik Indonesia (PDI).

“Setakat ini, kita masih status quo dan sekiranya ada perkembangan terbaharu, saya akan maklumkan,” katanya di sini hari ini.

Jelas Sivakumar, Kementerian Sumber Manusia sedang mengadakan perbincangan bagi isu berkaitan PDI dan salah satunya adalah isu kos pengambilan pekerja.

Beliau berkata, jawatan bkuasa kerja di antara Malaysia dan Indonesia sedang berbincang bagi mengurangkan kos pengambilan PDI sebanyak RM15,000 yang dianggap terlalu tinggi.

Terdahulu, media melaporkan, kos yang ditetapkan sebanyak RM15,000 disifatkan tidak masuk akal, malah, mengakibatkan kerugian kepada agensi pekerjaan di Malaysia apabila sebahagian besar daripada kos itu atau kira-kira RM12,000 terpaksa dibayar kepada agensi pekerjaan di Indonesia.

Sivakumar sebelum ini berkata, pihaknya berharap kos dapat dikurangkan di bawah RM9,000 berbanding jumlah yang ditetapkan dalam mesyuarat terakhir pada November 2022 sebanyak RM12,000, termasuk kos kuarantin RM3,000.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN