Geely rancang tingkat pelaburan, perkukuh Malaysia sebagai hab

Geely rancang tingkat pelaburan, perkukuh Malaysia sebagai hab pengeluar automotif

ANWAR Ibrahim bersalaman dengan Li Shufu Eric Li dalam satu pertemuan di Putrajaya, hari ini. -GAMBAR FACEBOOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Zhejiang Geely Holding Group Co., Ltd. (Geely) merancang untuk meningkatkan lagi pelaburan di negara ini, termasuk memperkukuhkan Malaysia sebagai hab pengeluar kenderaan bagi tujuan eksport. 

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu antara yang dikongsikan dalam kunjungan hormat Pengerusi Geely, Li Shufu Eric Li dan tokoh perniagaan, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, petang tadi. 

Menurut Perdana Menteri, pertemuan itu adalah bukti bahawa Geely menyusul pelaburan komited berjumlah RM32 bilion yang beliau umumkan sebagai sebahagian daripada hasil lawatan rasminya ke negara China pada akhir Mac tahun ini.

Dalam pertemuan ini, Geely berkongsi perancangan mereka bagi meningkatkan lagi pelaburan di Malaysia. Ini termasuk memperkukuhkan Malaysia sebagai hab pengeluar kenderaan bagi tujuan eksport.

“Sementelahan, Geely akan meningkatkan penyertaan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan serta penyediaan tenaga mahir tempatan yang selari dengan keperluan industri pada masa hadapan.

“Moga yang dirancang ini akan membuahkan hasil kepada ekonomi negara, Insya-Allah,” katanya dalam status Facebook hari ini.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN