Gaji permulaan pegawai rendah polis wajar diselaras

Gaji permulaan pegawai rendah polis wajar diselaras

Seorang Ahli Parlimen mencadangkan supaya gaji permulaan anggota polis dinaiikan keapada RM2,000. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Cadangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya skim gaji permulaan bagi Konstabel (YA1) sebanyak RM1,441 diselaraskan dengan kadar gaji minimum RM1,500 sebulan perlu diberi pertimbangan segera kerajaan.

Ini termasuk memberi kenaikan 30 peratus daripada kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) atau pemberian satu KGT secara ‘one off’ dalam semua peringkat skim di PDRM.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pensyarah Institut Antarabangsa Pemikiran Islam dan Tamadun (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Datuk Prof. Madya Dr. Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata, peranan dan keperluan anggota pangkat rendah PDRM dalam menjaga keselamatan dan keharmonian rakyat begitu jelas sehingga negara mampu memelihara ketenteraman dalam negara.

“Cadangan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ini perlu diberikan pertimbangan segera kerajaan kerana sebagai ketua organisasi, beliau lebih mengetahui cabaran dan keperluan mendesak anggota yang setiap hari berhubung dengan masyarakat secara langsung wajar mempunyai tahap keselesaan munasabah untuk berkhidmat.

“Rakyat pada hari ini mempunyai jangkaan tinggi kepada anggota PDRM sehingga tidak dinafikan ada kes yang berlaku akibat rasa ketidakpuasan hati kedua-dua belah pihak,” katanya di sini semalam.

WAN AHMAD FAUZI WAN HUSAIN

Kelmarin, Ketua Polis Negara membuat cadangan itu bagi mengambil kira peningkatan kos sara hidup khususnya bagi anggota pangkat rendah termasuk mereka yang baru menamatkan latihan gaji permulaan hanya RM1,441.

Wan Ahmad Fauzi berkata, kerajaan perlu juga membuka ruang kepada rakyat untuk menunjukkan penghargaan kepada mereka dengan mewujudkan tabung khas dalam bentuk sumbangan wang tunai, waqaf harta dan bentuk lain yang bersesuaian.

Ini bagi membolehkan rakyat turut membantu kerajaan dalam memelihara kebajikan anggota pangkat rendah yang merupakan kumpulan hadapan bertugas untuk memelihara keharmonian hidup rakyat.

“Saya percaya melalui kaedah ini, anggota pangkat rendah dan keseluruhan warga PDRM akan lebih bermotivasi untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

“Tabung khas tersebut boleh dimanfaatkan untuk menambah caruman insuran berkelompok anggota pangkat rendah dan membuat pelaburan untuk memberi imbuhan ketika persaraan, dan pinjaman tanpa faedah bagi pendidikan anak mereka serta lain-lain keperluan,” katanya.

Beliau berkata, kesempitan hidup boleh membuka ruang berlakunya rasuah dan gejala yang tidak baik dan keadaan tersebut boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

Katanya, keadaan itu ditambah lagi jika pendapatan yang ada tidak mencukupi atau pendapatan yang hanya cukup-cukup tanpa mampu membuat simpanan, apabila berlaku kemalangan dan perbelanjaan luar jangka.

“Bagaimana seorang itu mampu mengharungi kehidupan dengan tenang dan boleh mengekalkan integriti. Ada anggota pangkat rendah yang turut terancam apabila menjalani tugas dan kerana ingin menjaga integriti.

“Apabila kesejahteraan anggota pangkat rendah terbela, sudah pasti motivasi mereka untuk meningkatkan mutu dan mengekalkan perkhidmatan yang baik semakin bertambah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya