Fizi Ali tunai janji bawa anak ke taman tema - Utusan Malaysia

Fizi Ali tunai janji bawa anak ke taman tema

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyampai radio, Fizi Ali menunaikan janji kepada bekas isterinya, Shakilla Khoriri untuk membawa anak mereka, Ameena Sofia selepas dikatakan ‘menipu’ dan memungkiri janji.

Fizi yang baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan pilihan hati, Siti Zulaikha memuat naik gambar bersama keluarga baharunya yang kelihatan gembira dan berseronok di taman tema air.

Malah, menerusi gambar yang dimuat naik dalam satu hantaran, Ameena dan kakak tirinya kelihatan mesra sehingga tidur berpegangan tangan dipercayai kerana kepenatan bermain di taman tema air tersebut.

“Hari ini daddy dan mama bawa anak-anak ke taman tema air. Dari pagi sampai ke malam, berjalan.

“Penat mereka sakan bermain. Tidurlah sayang,” tulis Fizi.

Dalam perkongsian sama, Fizi turut meminta maaf kepada anak-anaknya jika ada kesilapan dan kekurangan dalam menjaga mereka.

“Awak berdua tak salah. Maafkan daddy dan mama jika ada terkurang,” katanya.

Selain berita pernikahan Fizi yang menggemparkan, bekas isterinya turut membuat dakwaan tidak dimaklumkan tentang perkahwinan tersebut malah seolah-olah ditipu penyampai radio tersebut.

Dakwa pelakon wanita itu, Fizi dikatakan hanya memberitahu mahu membawa Ameena ke taman tema tanpa memaklumkan tentang pernikahan yang bakal berlangsung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN