Dua faktor Pas enggan terima DAP - Utusan Malaysia

Dua faktor Pas enggan terima DAP

Pas DAP
TUAN Ibrahim Tuan Man ditemui pemberita dalam sidang akhbar pada Muktamar Tahunan Pas Ke-69 di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: ‘Negara sekular’ dan gagasan ‘Malaysian Malaysia’ menjadi dua faktor utama bagi Pas menolak untuk sekali lagi bekerjasama atau bergabung dengan DAP.

Timbalan Presiden, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, orang Melayu di negara ini tidak boleh menerima konsep tersebut apabila aspek Islam sebagai agama persekutuan, Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi seperti mana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Soal yang jelas kepada kita ialah dua elemen yang ada pada DAP yang pertama gagasan negara sekular yang diperjuangkan DAP, kedua pula tentang Malaysian Malaysia.

“Saya fikir tak ada orang Melayu boleh terima konsep kesamarataan, kita dalam Malaysia menerima tonggak sewaktu merdeka, semua rakyat tanpa mengira agama dan kaum kita menerima tonggak asas

“Itu tonggak yang tak boleh disentuh, ia akan menimbulkan polemik. Kita sudah terima asas tersebut dan harus pertahankannya,” katanya dalam sidang akhbar pada Muktamar Tahunan Pas Ke-69, hari ini.

Utusan Malaysia semalam melaporkan DAP kekal menjadi penghalang kepada Pas sekiranya parti itu dijemput untuk menyertai Kerajaan Perpaduan bersama Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad berkata, bagaimanapun sehingga kini tiada jemputan secara rasmi diterima atau sebarang perbincangan di peringkat dalaman menyentuh soal kerjasama tersebut.

“Setakat hari ini tidak masuk PH, pada kita adalah DAP merupakan satu penghalang kepada kita, itu kena clear cut,” tegasnya.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian menjelaskan sentimen kafir yang dilontarkan kepada orang bukan Islam seperti dibangkitkan Ahli Parlimen Jelutong, Sanisvara Nethaji Rayer Rajaji dalam Dewan Rakyat baru-baru ini bukan bersifat penghinaan.

“Kafir itu Bahasa Arab, bermaksud menutup. Jadi istilah kafir itu ialah menutup Islam sehingga orang ramai (bukan Islam) tidak tahu makna atau kebenaran Islam, itu maknanya kafir.

“Jadi, kafir bukan satu istilah yang jijik keji, bukan. Satu istilah dari segi akidah, selain daripada Islam ialah kafir. Bukan Islam itu kafirlah,” tegasnya.

Katanya lagi, di Malaysia menjadi tanggungjawab orang Islam bagi menjaga harta, nyawa, maruah, diri dan kebudayaan orang bukan Islam yang hidup dibawah naungan pemimpin atau masyarakat penganut agama itu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya