Dua anggota tentera antara tiga didakwa miliki dadah

Dua anggota tentera antara tiga didakwa miliki dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Dua anggota tentera antara tiga individu yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Rembau hari ini atas pertuduhan memiliki dadah di sebuah premis kediaman di Gemas, Tampin, minggu lalu.

Tertuduh kedua dan ketiga yang juga anggota tentera, Mohd. Azizan Mohd. Yusof, 28, dan Mohd. Fanddi Kusnin, 35, serta tertuduh pertama Chean Boon Kok, 28, seorang buruh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Kartini Kasran.

Berdasarkan pertuduhan, kesemua secara bersama didapati dalam milikan mereka dadah berbahaya jenis Methamphetamine dengan anggaran berat 6.20 gram.

Kesalahan itu dilakukan pada 12 Oktober lalu kira-kira pukul 3.30 pagi bertempat di ruang tamu rumah Taman Damai di Gemas, Tampin.

Oleh itu, kesemua tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (1) akta yang sama serta dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan boleh dipenjara minimum dua hingga lima tahun dan dikenakan tidak kurang dari tiga sebatan serta tidak lebih sembilan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Noor Hashimi, manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Roslaili Alias.

Majistret kemudiannya menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 30 November ini bagi laporan kimia. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN