Doktor bekas pempengaruh Tiktok urus ibu, bayi lahir dalam treler

Doktor bekas pempengaruh TikTok urus ibu, bayi lahir dalam treler

DR. Muhammad Aliff Md. Zaki (tengah) memangku bayi yang selamat dilahirkan dalam treler treler di tepi Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kuantan, Pahang, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang doktor yang juga bekas pempengaruh TikTok, Alpha Zaki terkejut apabila menerima panggilan kecemasan berkenaan seorang wanita yang terpaksa melahirkan anak dalam treler di tepi Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kuantan, Pahang.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Dr. Muhammad Aliff Md. Zaki yang merupakan seorang pegawai perubatan di Klinik Kesihatan Sanggang, Temerloh Pahang berkata, ini merupakan pengalaman kali pertamanya menguruskan kes kecemasan seperti ini.

“Saya agak terkejut bila terima panggilan kecemasan, bila sampai di lokasi kejadian, ada dua orang pegawai LPT dan dua anggota polis trafik,” katanya.

Dia yang risau dengan keadaan ibu dan juga bayi yang baru dilahirkan bergegas masuk ke dalam lori treler bagi memeriksa keadaan mereka dan kelihatan si ibu sedang terbaring lemah di bahagian penumpang lori dan juga bayinya.

“Mula-mula saya sampai, saya tengok ibu dalam keadaan lemah kerana baru lepas melahirkan manakala bayi tersebut tidak memberi sebarang respon, bila saya gerakkan bayi baru terdengar tangisan,” katanya.

Dia yang berasa lega terus memulakan prosedur memotong tali pusat, memeriksa luka si ibu dan menyerahkan bayi tersebut kepada dua orang jururawat yang bertugas bersamanya Sumaiyah dan Azlina sebelum dibawa ke hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh Pahang.

Katanya, si ibu turut tidak menyangka yang dia terpaksa melahirkan bayi di dalam sebuah lori kerana tarikh untuk melahirkan bayinya pada hujung tahun.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku ketika wanita terbabit dalam perjalanan menemani suaminya menuju ke selatan tanah air.

Muhammad Aliff menutup akaun TikToknya baru-baru ini dan pernah menjadi pempengaruh yang menampilkan kandungan berkonsepkan komedi.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya