Dewan Rakyat: Pinda akta judi, runding dengan Meta larang iklan

Dewan Rakyat: Pinda akta judi, runding dengan Meta larang iklan judi di Malaysia 

WONG SHU QI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa berunding dengan Meta (sebelum ini dinamakan Facebook) dan saluran media sosial lain supaya tidak menerima sebarang iklan judi yang menyasarkan pengguna di Malaysia.

Sehubungan itu, kerajaan digesa supaya meminda Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 atau menggubal akta baharu segera untuk mengawal aktiviti judi dalam talian serta mengharamkan kesemua aktiviti promosi judi. 

Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi berkata, walaupun Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 melarang sebarang promosi atau iklan rumah judi, namun, iklan judi dalam talian masih berleluasa di media sosial seolah-olah negara tiada undang-undang.

“Saya tahu kerajaan ambil berat akan isu ini dan mengambil tindakan sebaik sahaja menerima maklumat. Saya hantar satu senarai iklan judi dalam talian kepada menteri komunikasi minggu lalu dan semua iklan tersebut diturunkan segera. 

“Namun, saya buat pencarian di Facebook Ads Library semalam dengan kata kunci syarikat judi dalam talian yang sama, muncul lagi 10 iklan baharu, malah, sudah ada halaman agensi perkhidmatan iklan yang menawarkan perkhidmatan khususnya kepada sektor haram,” katanya semasa membahaskan usul Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2024 peringkat dasar di Dewan Rakyat hari ini. 

Dalam pada itu, Shu Qi berkata, kerajaan tidak boleh memberi maklum balas secara pasif dengan hanya menerima maklumat, baharu memaklumkan kepada Meta untuk menurunkan iklan tersebut. 

“Ironinya, Meta juga memperoleh keuntungan iklan dalam semua promosi judi dalam talian ini.   

“Bayangkan, kita ahli politik atau parti politik diminta kemukakan maklumat peribadi dan buat verifikasi identiti dengan Meta jika mahu buat iklan atau promosi isu sosial dalam Facebook. 

“Takkan mereka yang buat iklan judi dalam talian tidak diminta untuk mendedahkan identiti, nombor telefon atau alamat sendiri? Apakah piawaiannya? 

“Maka, kerajaan perlu ambil tindakan terhadap mana-mana pihak termasuk platform media sosial yang turut membenarkan iklan judi menyasarkan rakyat Malaysia” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN