Dewan Rakyat: Pengeluaran getah tempatan terlalu rendah punca

Dewan Rakyat: Pengeluaran getah tempatan terlalu rendah punca Malaysia terus import dari luar negara

FADILLAH YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jumlah pengeluaran getah tempatan lebih rendah berbanding permintaan sektor industri pembuatan barangan getah menyebabkan Malaysia terpaksa terus mengimport getah dari luar negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pengeluaran getah berasaskan lateks negara hanya berjumlah 14,593 tan sedangkan sektor pembuatan produk getah memerlukan 365,000 tan pada 2022.

Katanya, negara juga hanya mengeluarkan getah skrap (cuplump) sebanyak 362,000 tan, namun, permintaan eksport getah kering berjumlah hampir 1 juta tan.

“Sektor pemprosesan getah asli negara dengan anggaran kapasiti pengeluaran sebanyak 1.5 juta tan memerlukan bahan mentah bagi meneruskan operasi dan kekal berdaya saing.

“Disebabkan itu, pengeluaran getah tempatan adalah lebih rendah berbanding permintaan daripada sektor industri pembuatan barangan getah, menyebabkan negara masih perlu mengimport getah daripada negara-negara pengeluar getah yang lain,” katanya ketika waktu pertanyaan menteri dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, pengeluaran lateks negara juga hanya dapat menampung sekitar empat peratus jumlah penggunaan domestik.

“Meskipun pengeluaran lateks negara adalah rendah, namun, eksport bagi produk hiliran berasaskan lateks seperti sarung tangan getah adalah tinggi dengan jumlah sebanyak RM21.302 billion bagi 2022, iaitu 78 peratus daripada jumlah eksport produk getah,” katanya.

Beliau menjawab soalan Salamiah Mohd. Nor (PN-Temerloh) mengenai tindakan kerajaan masih mengekalkan import getah dari Thailand, Vietnam dan Afrika. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN