Co-opbank Pertama sedia pusingan modal kepada koperasi kredit

Co-opbank Pertama sedia pusingan modal kepada koperasi kredit

KHAIRUL ANUAR MOHAMMAD ANUAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) kini menawarkan skim pembiayaan CoStart sehingga RM1 juta ringgit kepada koperasi kredit yang baru ditubuhkan kurang daripada tiga tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata, skim itu bertujuan menyediakan modal pusingan bagi aktiviti pembiayaan peribadi koperasi kepada anggotanya dengan syarat pembiayaan tersebut berlandaskan konsep Tawarruq sebagai kontrak pembiayaan.

“Menerusi skim ini, koperasi kredit baharu yang ditubuhkan kurang dari tiga tahun yang mempunyai kod Potongan Biro Perkhidmatan ANGKASA (BPA)/Potongan Gaji Majikan (PGM) layak memohon.

“Skim ini merupakan satu inisiatif CBP seiring dengan peranan CBP sebagai sebuah bank koperasi dalam Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TRANSKOM) 2021-2025,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, sebagai permulaan, CBP memperuntukkan dana sebanyak RM10 juta bagi menjayakan skim itu yang mula dibuka bagi permohonan bermula 1 Oktober dengan pembiayaan minimum adalah RM300,000 dan maksimum sehingga RM1 juta dan tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun.

“CBP amat komited untuk membantu gerakan koperasi di negara ini dan ini merupakan langkah yang diambil oleh CBP bagi memasyarakatkan koperasi dan secara tidak langsung dapat membantu memperkasakan gerakan koperasi,” katanya.

Maklumat lanjut mengenai skim CoStart boleh didapati dengan melayari laman web CBP di www.cbp.com.my. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya