Cheras tertinggi catat IPU tidak sihat 

Cheras tertinggi catat IPU tidak sihat 

PEMANDANGAN Bandaraya Kuala Lumpur yang berjerebu melanda di Ibu Negara ini ketika tinjauan di sekitar Cheras, di sini, hari ini. Indeks Pencemaran Udara (IPU) berdasarkan data Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) di Cheras mencatatkan bacaan 154 iaitu pada tahap tidak sihat setakat jam 9.00 pagi tadi. -UTUSAN/ MOHD FARIZWAN HASBULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Empat kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) pada tahap tidak sihat tertinggi, setakat pukul 10 pagi tadi. 

Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Jabatan Alam Sekitar, Cheras merekodkan bacaan tertinggi dengan bacaan 169. 

Tiga lagi kawasan adalah Batu Pahat di Johor pada 158, Bukit Rambai di Melaka pada 155 dan Larkin di Johor pada 146. 

Sementara itu, bacaan IPU di 59 lagi kawasan direkodkan pada tahap sederhana manakala empat kawasan lain merekodkan bacaan IPU baik. 

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN