Catatan mencari identiti muzik, Yonnyboii hadiah Persona - Utusan Malaysia

Catatan mencari identiti muzik, Yonnyboii hadiah Persona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ibarat bercerita tentang perjalanannya mencari identiti sendiri melalui muzik, penyanyi berbakat besar, Yonnyboii tampil dengan album penuh, Persona.

Kongsi Yonnyboii, album tersebut menyenaraikan lagu-lagu berbeza-beza mengikut persona yang bervariasi secocok dengan jalur muziknya yang lebih segar serta moden.

“Lagu-lagu dalam album ini ibarat bercerita bagaimana saya mencari bunyi yang juga identiti sendiri.

“Saya melalui beberapa persona untuk mencari identiti ini. Jadi album ini menggambarkan persona seorang Yonnyboii dalam setiap lagu,” katanya.

Jelas pemegang trofi Album Terbaik Anugerah Industri Muzik 2022 itu lagi, Persona turut menampilkan kolaborasinya dengan nama-nama terkenal dalam arena hip hop serantau.

“Saya berkerjasama dengan ramai pemuzik termasuk kawan-kawan baik saya seperti SonaOne, MeerFly, Killa Driz, Guccimith, Alyph, Tommy King serta Adam E.

“Semua mereka memberikan input yang berbeza dan mereka memang gila-gila. Saya senang sekali bekerjasama dengan mereka yang memang berbakat,” ulasnya.

Bercakap soal cabaran, Yonnyboii mengakui, dirinya terpaksa bijak membahagikan masa terutam ketika penghasilan album, isterinya sedang hamil dan kemudian melahirkan anak mereka.

“Saya pelu bijak mencuri masa memberi perhatian pada isteri dan anak selain memastikan album siap dengan baik. Jadi itu cabaran terbesar untuk album ini,” ujarnya.

Kongsi penyanyi lagu Sakit dan Salahku itu, dia telah menggunakan Dana Kandungan Digital berjumlah RM 200,000 dari MyCreative Ventures dan Kementerian Komunikasi Digital untuk penghasilan album serta rangka promosi berskala besar.

“Dana tersebut telah digunakan untuk setiap aspek pembikinan album termasuk penerbitan lagu, video muzik serta perbelanjaan pemasaran dan promosi.

“Salah satu rancangan pemasaran yang bakal diadakan adalah sebuah majlis pelancaran album yang istimewa.

“Acara tersebut bakal diadakan pada 7 Oktober ini di Putrajaya Challenge Park – Skatepark secara besar-besaran dari pukul 4 petang hingga malam.

“Semestinya, ini bakal menjadi satu sejarah kerana belum ada penyanyi yang mengadakan pelancaran album di lokasi seperti ini dengan skala gergasi”, kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya