Bimbang kemunculan lintah semasa banjir

Bimbang kemunculan lintah semasa banjir

SEORANG penduduk menunjukkan lintah yang muncul semasa banjir di Kampung Simpang Batu 9, Jalan Changkat Jong di Teluk Intan, Perak. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Penduduk di Kampung Simpang Batu 9, Jalan Changkat Jong di sini bimbang berikutan kemunculan lintah sejak kawasan itu dilanda banjir sejak tiga hari lalu.

Seorang mangsa banjir di kampung itu, Nor Hamzah Hamid, 26, berkata, kemunculan lintah bersaiz besar itu disedari sejak hari pertama banjir berlaku lagi.

Menurutnya, pada mulanya dia menyangka ia ikan belacak namun apabila dipegang, ia melekat pada kulit untuk menghisap darah.

Katanya, semakin membimbangkan lintah bersaiz besar itu dijumpai pada bahagian dinding rumah penduduk yang dinaiki air.

“Ada yang terkena gigitan lintah ini mengadu amat gatal dan perlu segera disapu minyak untuk mengurangkan rasa gatal.

“Lintah ini juga dikesan naik hingga ke dinding rumah penduduk ketika banjir, semakin lama kemunculannya semakin banyak dan ini membimbangkan penduduk terutama kanak-kanak dan wanita,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sementara itu, jumlah mangsa banjir di negeri ini meningkat dengan 324 orang daripada 99 keluarga ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di Hilir Perak, Kerian dan Hulu Perak.

Menurut Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Banjir Daerah, satu lagi PPS baru dibuka semalam Sekolah Kebangsaan Kerunai, Hulu Perak yang menempatkan 76 mangsa daripada 20 keluarga.

Kawasan yang terjejas di daerah Hulu Perak termasuk Kampung Pahat Dalam, Kampung Pahat Luar, Kampung Tanjung Kekabu, Kampung Star Kecil, Kampung Kerunai, Kampung Kota, Kampung Dusun, Kampung Padang Stang dan Kampung Padang Langgar.

Sementara itu, setakat hari in, seramai 268 mangsa daripada 84 keluarga ditempatkan di dua PPS di Dewan Serbaguna Padang Tembak, Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) dan Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya