Bentuk jaringan kesatuan, segarkan kegiatan sukan - PM

[VIDEO] Bentuk jaringan kesatuan, segarkan kegiatan sukan – PM

ANWAR Ibrahim melepaskan acara larian dan berbasikal Fit Malaysia pada sambutan Hari Sukan NEgara 2023 di Dataran Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu semua pihak dalam industri sukan membentuk jaringan kukuh dalam mengangkat martabat sukan negara.

Perdana Menteri berkata, kerjasama itu melibatkan semua persatuan sukan, sekolah, universiti, malah kelompok anak muda keseluruhan dapat bergabung dalam usaha mewujudkan rangkaian lebih erat supaya kegiatan sukan disegarkan.

Untuk itu, beliau menggesa tiga kementerian utama iaitu Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dapat mempunyai jaringan itu supaya semua kegiatan sekolah, institut pengajian tinggi (IPT) termasuk dalam kalangan masyarakat dan komuniti itu disegarkan.

“Negara Madani ini hanya berkembang kalau rakyat diperkasakan, (bukannya kerajaan) dalam pelbagai bidang, pekerjaan dan paling utama ialah kesihatan.

“Saya mahu tekankan, negara kita ini aman tapi memperkasakan rakyat dalam negara ini kita mahu anak-anak cergas, sihat. Wahana sukan, olahraga dan semua aspek kesukanan dianggap penting dalam memberikan kesedaran, kecegasan dan sihat,” katanya ketika merasmikan Hari Sukan Negara 2023 di Dataran Putrajaya, hari ini.

Pada acara sambutan itu, beliau turut melepaskan peserta larian dan berbasikal Fit Malaysia dengan kehadiran kira-kira 30,000 orang memeriahkan pelbagai aktiviti kecergasan menarik disediakan dengan sasaran penyertaan seramai 4.5 juta di seluruh negara.

Anwar pada masa sama berkata, beliau memperkenalkan idea Malaysia Madani kerana maahu mengutamakan soal nilai dan yakin Malaysia akan selamat, bahagia dan cemerlang sekiranya anak-anak muda bangkit sebagai satu kesatuan, semangat, perpaduan tulen tanpa mengira kaum dan budaya masing-masing.

Beliau kagum dengan semangat ramai rakyat berhimpun dalam sambutan Hari Sukan Negara 2023 di sini membuktikan masyarakat pelbagai kaum tidak ada masalah perpaduan seperti mana digambarkan melalui percaturan dan pergaduhan di Parlimen.

ANWAR Ibrahim ketika hadir pada sambutan Hari Sukan Negara 2023 di Dataran Putrajaya. – UTUSAN/MAISARAH SHEIKH RAHIM

“Ia beda sekali rakyat di bawah yang mahu keamanan, mereka menerima kenyataan kepelbagaian di negara kita.

“Di antara kegiatan utama yang kita galakkan ialah sukan. Kita mahu kita menang tidak kira nama dia apa, tetapi dia anak muda Malaysia mencatat kemenangan hebat, itu cita-cita kita.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, menerusi pembentangan Belanjawan 2024 semalam, beliau memberikan tumpuan dan menambah peruntukan kepada beberapa hal yang dituntut puluhan tahun sama ada kegiatan sukan secara umum, pelepasan cukai, sukan orang kurang upaya (OKU), malah rakan muda supaya anak muda bersifat cergas dalam semua bidang sukan.

“Saya lantik dua tokoh muda Hannah Yeoh (Menteri) dan Adam Adli Abdul Halim (Timbalan). Saya kata ini peruntukan tambahan (Belanjawan 2024) untuk kegiatan (sukan) tambahan, kerjalah, carilah jalan sebaik mungkin supaya kita dapat angkat martabat sukan negara ini,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya