PETALING JAYA: Malaysia menjangkaan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara empat hingga lima peratus pada tahun depan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin perkara itu dapat dicapai walaupun Bank Dunia mengunjurkan pertumbuhan Malaysia pada kadar 4.3 peratus tahun depan..
“Dengan pembaharuan Ekonomi Madani yang bakal dilaksanakan, kerajaan yakin untuk mencapai pertumbuhan menghampiri lima peratus.
“Kutipan hasil kerajaan 2024 dijangka menyaksikan peningkatan daripada RM303.2 bilion tahun ini kepada RM307.6 bilion.
“Defisit fiskal 2024 diunjur berkurang kepada 4.3 peratus ketimbang sasaran lima peratus tahun ini dan 5.6 peratus tahun 2022,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat hari ini. – UTUSAN










