Belanjawan 2024: Gerakan dakwa peruntukan JKOM bebankan

Belanjawan 2024: Gerakan dakwa peruntukan JKOM bebankan kewangan negara

WENDY SUBRAMANIAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menyifatkan kenaikan peruntukan emolumen sebanyak 39 peratus kepada Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) dalam Belanjawan 2024 adalah tidak rasional selain membebankan kewangan negara. 

Ketua Penerangannya, Wendy Subramaniam berkata, tindakan itu bukan sahaja memberi bebanan kepada kewangan negara, tetapi, keputusan berkenaan juga tidak adil kepada pembayar cukai yang kini terperangkap dengan kenaikan harga barang keperluan asas.

Justeru, beliau mendesak kerajaan untuk segera menghentikan perbelanjaan yang tidak munasabah tersebut. 

Menurutnya, matlamat JKOM adalah untuk menyediakan perkhidmatan komunikasi komuniti yang berkualiti tinggi, adil, seimbang dan pelbagai untuk rakyat.

“Kalau kita lihat JKOM dalam tempoh pentadbiran Kerajaan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi alat propaganda dan lidah kerajaan semata-mata.

“Kandungan yang dihasilkan dan disiarkan oleh JKOM kerana kebanyakannya hanya memuji dasar dan pemimpin kerajaan. Malah, idea dan cadangan pembangkang dikritik dan dihalang.

“Ini bermaksud bahawa JKOM tidak memainkan peranannya atau kerja yang sepatutnya dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan. 

Mengulas lanjut, Wendy mengingatkan Pakatan Harapan (PH) ketika menjadi pembangkang pernah menyifatkan JKOM sebagai ‘pembaziran dana awam’ dan ‘mencemarkan kebebasan media’.

“Tetapi, selepas menjadi kerajaan, PH bukan menghalang, malah, siap menambah peruntukan dalam kategori emolumen yang besar kepada JKOM.

“Jelas dan terang perangai PH hipokrit, sanggup menggadaikan prinsip serta kekecewaan rakyat demi kuasa,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×