Bekas pengawal keselamatan mati dalam kereta depan masjid

Bekas pengawal keselamatan mati dalam kereta depan masjid

SEORANG lelaki ditemukan meninggal dunia di dalam Proton Exora di hadapan Masjid Taman Keladi, Sungai Petani.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki yang juga bekas pengawal keselamatan Masjid Al-Muttaqin Taman Ria, di sini ditemukan mati di dalam kereta yang diletakkan di hadapan Masjid Taman Keladi, petang semalam.

Mangsa, Rosli Wahab, 57, ditemui di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora pada pukul 6.35  petang.

Anak sulungnya, Nor Faizah, 28, berkata, bapanya dipercayai keluar dari rumah di Taman Ria, di sini yang didiami bersama ibu tirinya pada Selasa lalu.

“Ayah tidak pulang sehingga malam dan ibu tiri ada keluar mencarinya di beberapa lokasi yang biasa dikunjungi, namun gagal menemuinya.

“Kami sekeluarga hanya mengetahui bapa ditemui meninggal di dalam kenderaan di hadapan masjid itu melalui media sosial sebelum dihubungi pihak polis malam tadi,” katanya yang tinggal di Bandar Puteri Jaya, di sini.

Katanya, semasa berada di lokasi penemuan itu, dia dimaklumkan oleh seorang saksi bahawa bapanya telah berada di situ sejak pukul 10 malam, Selasa lalu.

“Saksi terbabit turut memaklumkan dia tidak mengejutkan bapa saya kerana beranggapan dia sedang tidur dengan enjin kereta berfungsi.

“Bagaimanapun saksi itu terkejut kerana kereta itu dilihat masih berada di situ pada pukul 3 petang semalam dengan enjinnya tidak lagi berfungsi,” katanya.

Tambahnya, saksi itu kemudian cuba mengejutkan bapanya namun tiada tindak balas sebelum menghubungi pihak polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, siasatan awal di lokasi kejadian tidak menemukan sebarang unsur jenayah. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya