Batu Pahat tertinggi catat IPU tidak sihat

Batu Pahat tertinggi catat IPU tidak sihat

JOHOR BAHRU antara kawasan yang teruk dilanda jerebu di Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) pada tahap tidak sihat tertinggi, setakat pukul 6 petang tadi. 

Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Jabatan Alam Sekitar, Batu Pahat merekodkan bacaan tertinggi dengan bacaan 153 dan diikuti  Larkin dengan bacaan 111.

Sementara itu, bacaan IPU di 35 lagi kawasan direkodkan pada tahap sederhana manakala 17 kawasan lain merekodkan bacaan IPU baik. 

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN