Anwar rakam takziah kepada keluarga bekas Yang Dipertua DUN

Anwar rakam takziah kepada keluarga bekas Yang Dipertua DUN Negeri Sembilan

Allahyarham Datuk Zulkefly Mohamad Omar
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, Datuk Zulkefly Mohamad Omar yang meninggal dunia di Hospital Serdang hari ini.

Perdana Menteri berkata, beliau mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.

“Takziah buat keluarga almarhum Datuk Zulkefly Mohamad Omar, Naib Pengerusi Amanah Negeri Sembilan atas khabar yang amat memilukan ini. 

“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Naib Pengerusi Parti Amanah Negeri Sembilan itu dilaporkan meninggal dunia di Hospital Serdang, Selangor kira-kira pukul 1.30 tengah hari tadi.

Terdahulu, Zulkefly Mohamad dilaporkan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang selepas mengalami masalah lemah jantung dan beberapa komplikasi penyakit lain.

Sebagai rekod, Allahyarham memulakan karier politik bersama Pas dan menyertai Pilihan Raya Umum  Ke-10 (PRU10) pada tahun 1999 dengan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng.

Beliau kemudiannya juga bertanding di kerusi sama pada PRU11, PRU12 dan PRU13 selain bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Bagan Pinang pada tahun 2009.

Allahyarham turut menjadi Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan dari tahun 2005 sehingga 2011.

Bersama Amanah, Allahyarham pernah bertanding pada PRU14 di kerusi DUN Johol serta turut bertanding di Parlimen Jelebu pada PRU15, November tahun lalu.

Zulkefly Mohamad dilantik sebagai Yang Dipertua DUN Negeri Sembilan pada Julai 2018 apabila Pakatan Harapan (PH) memenangi PRU14 dan berjaya membentuk kerajaan Negeri Sembilan.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN