Anwar berharap hubungan Malaysia-Arab Saudi terus diperkukuh

Anwar berharap hubungan Malaysia-Arab Saudi terus diperkukuh

ANWAR Ibrahim disambut Perdana Menteri Arab Saudi, Putera Mohammed Salman di Istana Al-Yamamah, Arab Saudi, Sabtu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap hubungan Malaysia dan Arab Saudi terus diperkukuh demi kesejahteraan dan keamanan sejagat kedua-dua negara.

Perdana Menteri berkata, hubungan kedua-dua negara akan melangkaui tingkat baharu serta mencorak lembaran yang segar dalam hubungan persahabatan kedua-dua negara. 

“Insya-Allah, hubungan Malaysia-Arab Saudi pasti terus diperkukuh demi kesejahteraan dan keamanan sejagat tatkala kita menjangkau tingkat baharu serta mencorak lembaran yang segar dalam hubungan persahabatan kedua-dua negara,” katanya dalam status Facebook beliau.

Terdahulu, Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri Arab Saudi, Putera Mohammed Salman berkenan menerima menghadap Perdana Menteri di Istana Al-Yamamah pada Sabtu lalu.

Pertemuan rasmi empat mata itu adalah atas jemputan peribadi baginda kepada Anwar, selepas Arab Saudi menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Pertama ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) di ibu negara ini pada Jumaat lalu.

Putera Mahkota Mohammed dan Anwar membincangkan mengenai perang Palestin dan Israel yang berlanjutan sehingga kini setelah tercetus semula pada 7 Oktober.

Sebelum ini, Perdana Menteri tiba di Riyadh, Arab Saudi sejak minggu lalu bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pertama GCC. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN