Anggota polis berpangkat konstabel minta, terima rasuah direman - Utusan Malaysia

Anggota polis berpangkat konstabel minta, terima rasuah direman

ANGGOTA polis berpangkat konstabel yang disyaki meminta dan menerima rasuah dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang anggota polis berpangkat konstabel direman lima hari bagi membantu siasatan atas dakwaan meminta dan menerima rasuah, bulan lalu.

Majistret Nik Mohd. Tarmizie Nik Mohd. Shukri mengeluarkan perintah reman itu bermula hari ini sehingga Jumaat.

Penahanan itu bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Terdahulu suspek berusia 30-an itu dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu dengan berpakaian baju lokap oren SPRM kira-kira jam 10 pagi tadi.

Suspek itu disyaki meminta dan menerima wang suapan RM2,000 daripada dua lelaki yang terlibat dengan kes penyalahgunaan bahan terlarang.

Wang suapan itu dipercayai sebagai balasan tidak menahan kedua-dua lelaki berkenaan yang positif bahan terlarang dalam serbuan polis di sebuah rumah, September lalu.

Suspek ditahan di daerah Besut kira-kira 12.30 tengah hari semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya