Ahli Pas taksub melampau, parti boleh berpecah -Mohd. Puad

Ahli Pas taksub melampau, parti boleh berpecah -Mohd. Puad

MOHD. PUAD ZARKASHI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Budaya taksub melampau ahli Pas kepada pemimpin didakwa menjadi punca tiada pertandingan pemilihan bagi lima jawatan tertinggi parti itu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi mendakwa, ketaksuban melampau itu bagaimanapun boleh menyebabkan Pas berpecah.

“Sebenarnya budaya taksub pada pemimpin jadi punca kenapa tidak ada siapa yang berani bertanding lima jawatan teratas itu.

“Ahli Pas taksub tahap tinggi. Kepada mereka, kejayaan gelombang hijau adalah kerana kehebatan luar biasa lima pemimpin teratas berkenaan.

“Mereka jadi takut untuk menyanggah lima orang tersebut. Takut dituduh kacau daun dan menentang Islam. Taksub mereka melampaui batas.

“Apa tidaknya pemimpin mencarut, celupar, kuat bohong dan tidak konsisten ditaati membabi buta. Sampai masanya, nanti Pas akan pecah,” dakwanya dalam satu hantaran dalam media sosial.

Media sebelum ini melaporkan, Muktamar Tahunan ke-69 Pas yang dijadualkan berlangsung bulan ini menyaksikan lima jawatan tertinggi itu tidak dipertandingkan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilapor berkata, ia berikutan hanya ada satu pencalonan iaitu mengekalkan jawatan yang ada.

Lima jawatan itu ialah presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN