500 pelajar B40 Pontian terima bantuan YBR - Utusan Malaysia

500 pelajar B40 Pontian terima bantuan YBR

AHMAD Maslan bersama penerima bantuan persekolahan Yayasan Bank Rakyat di Pontian, Johor. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yayasan Bank Rakyat dengan kerjasama Kelab Sukan dan Rekreasi Komuniti Parlimen Pontian menyediakan bantuan persekolahan bagi membantu dalam meneruskan sesi persekolahan penggal kedua.

Sebanyak RM50,000 diperuntukkan kepada 500 pelajar dalam kalangan keluarga B40 yang melibatkan 15 buah sekolah di Pontian, dalam satu majlis penyerahan di Pontian, Johor.

Bantuan itu bertujuanmemberi bantuan kewangan kepada penerima yang layak sebagai insentif tambahan untuk mereka menyediakan peralatan persekolahan diperlukan sepanjang sesi pembelajaran dan pengajian dijalankan.

Majlis Perasmian Bantuan Persekolahan YBR ini telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kewangan selaku Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan di Sekolah Maahad Pontian, Pontian.

Turut dihadir dalam majlis penyampaian adalah Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR, Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak; Ahli Lembaga Pengarah Bank Rakyat, Mohd Jafri Kudus; Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani dan Ketua Bahagian Operasi YBR, Mohd Mukhti Abd Rahman.

Sementara itu, Ahmad Maslan berkata, beliau amat berterima kasih di atas sokongan berterusan yang diberikan YBR dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik khususnya kepada pelajar sekitar Pontian.

“Usaha ini seharusnya dipuji kerana ianya merupakan satu inisiatif dalam membantu mengurangkan bebanan kewangan yang ditanggung oleh mereka dikalangan B40 terutamanya ketua keluarga di kawasan luar bandar dalam meneruskan sesi persekolahan anak-anak,” katanya.

Sementara itu, Mohd. Irwan berkata, jumlah bantuan yang diberikan tidaklah besar namun diharap dapat membantu ibu bapa dalam menyediakan keperluan sekolah yang perlu diganti.

Tambahnya lagi, bantuan itu dilihat sebagai alternatif terbaik bagi mengurangkan bebanan kos sara hidup keluarga yang kian meningkat akibat daripada ketidaktentuan ekonomi terutamanya bagi mereka yang berada di luar bandar.

Pada 2022, seramai 26,604 murid telah menerima manfaat melalui bantuan persekolahan YBR dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.6 juta yang melibatkan 87 lokasi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya