42 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik

42 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis mengeluarkan 42 saman atas kesalahan lalu lintas dalam Op Cegah Jenayah Bersepadu bagi peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak dekat sini yang diadakan selama tiga hari.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, operasi bermula pada 29 September lalu hingga kelmarin itu bertujuan mencegah dan membanteras kejadian jenayah terutama kes samun, pecah rumah dan kecurian kenderaan di kawasan pentadbiran IPD Gombak.

Kata beliau, operasi yang dijalankan ini membabitkan anggota balai di bawah pentadbiran IPD Gombak.

“Seramai 288 individu diperiksa dan dua ditangkap kerana terbabit dalam pelbagai kes jenayah dan narkotik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Ariffin berkata, dalam operasi itu juga, polis memeriksa 260 kenderaan, dan 42 saman dikeluarkan kepada individu yang melakukan kesalahan lalu lintas.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN