40,000 veteran ATM belum daftar dengan JHEV

40,000 veteran ATM belum daftar dengan JHEV

ZAMBERY Jefry Darus menyampaikan bantuan kepada veteran dan waris sempena Mesyuarat Agung ke-11 Pertubuhan Veteran Tentera Tidak Berpencen Pahang di Maran, Pahang semalam. – UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN: Kira-kira 40,000 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) belum mendaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) sekali gus menyukarkan pelbagai bantuan disalurkan kepada mereka yang berkelayakan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Pengarah JHEV, Mejar Jeneral Zambery Jefry Darus berkata, berdasarkan pangkalan data jabatan itu, terdapat 230,000 veteran tentera melibatkan 188,000 berpencen dan 78,000 veteran tidak berpencen.

Tambah beliau, statistik itu menunjukkan kira-kira 40,000 veteran tentera tidak dapat dikesan kerana tidak mengemaskini maklumat di JHEV dan persatuan ATM di tempat ma­sing-masing.

“Ibu Pejabat JHEV hanya ada nama mereka sahaja tanpa maklumat lanjut menyebabkan terlepas menikmati pelbagai kemudahan dan sumbangan kewangan yang patut diterima.

“Oleh itu, veteran tentera berpencen atau tidak berpencen digesa segera berdaftar terutama yang menamatkan perkhidmatan sebelum tahun 2000 bagi memudahkan menerima bantuan disediakan oleh JHEV dan kerajaan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung ke-11 Pertubuhan Kumpulan Tentera Tidak Berpencen Pahang di Pejabat Agama Islam Daerah Maran di sini. semalam.

Zambery berkata, jika berdaf­tar, veteran terbabit akan mendapat pelbagai kemudahan daripada segi kesihatan dan sebagainya yang disediakan oleh kerajaan.

Tambah beliau, JHEV memperuntukan RM238 juta kepada veteran tentera untuk kebajikan mereka membabitkan tujuh ele­men antara bantuan bencana alam, baiki rumah, pendidikan, kesihatan, pengurusan jenazah dan lan-lain.

“Sehingga bulan ini, sebanyak RM178 juta sudah disalurkan kepada veteran tentera dan waris. Sebanyak kira-kira RM20 juta lagi akan disalurkan kerana banyak lagi belum dibayar sehingga akhir tahun ini,” katanya.

Dalam perkembangan ber­kaitan, Zambery menggesa supaya pemberian bantuan sara hidup kepada veteran tentera RM300 sebulan yang bermula September lalu diberi tanpa syarat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN