SEREMBAN: Kertas siasatan berhubung kes seorang pegawai kanan polis bersama 14 anggota serta dua Timbalan Pendakwa Raya yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Dato’ Sheikh Ahmad, Seremban di sini pada Ogos lalu telah dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut. Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, setakat ini pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menunggu arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya…










