100 titik panas banjir kilat dikenal pasti di Johor

100 titik panas banjir kilat dikenal pasti di Johor

Masalah kekurangan data dan maklumat menjadikan pelaksanaan perubahan iklim sebagai agenda nasional sukar untuk dilakukan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri mengenal pasti 100 kawasan titik panas berlaku banjir kilat di Johor yang perlu diberikan tumpuan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd. Jafni Md Shukor berkata, kerajaan negeri memperuntukkan RM78 juta pada tahun ini bagi menjalankan kerja penambahbaikan infrastruktur serta pembersihan sungai dan longkang di kawasan terbabit.

Katanya, jumlah peruntukan itu menunjukkan peningkatan berbanding RM60 juta yang disediakan pada tahun lalu bagi mengatasi masalah yang sama.

“Dalam mesyuarat tindakan khas di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) yang dipimpin Datuk Bandar Iskandar Puteri, kita telah mengesan 100 hotspot banjir, Johor Bahru dan Kluang mencatatkan jumlah tertinggi.

“Oleh itu, setiap PBT sudah bersedia untuk mengambil tindakan susulan dengan melaksanakan pelbagai inisiatif ke arah persediaan bagi menghadapi musim monsun,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan EV kepada MBIP daripada Sime Darby Rent-a-car Sdn. Bhd. di Bangunan MBIP, di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN