10 individu terlibat pergaduhan direman

10 individu terlibat pergaduhan direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sepuluh individu yang disyaki terlibat dalam pergaduhan dalam urusan menunda kenderaan dalam kejadian di Kampung Malaysia Tambahan, Cheras awal pagi semalam direman selama dua hari.

Dua daripada 10 individu yang ditahan di sekitar ibu negara, awal pagi tadi direman sehingga esok.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang tidak mematuhi undang-undang negara.

“Tindakan tegas akan diambil demi menjaga keharmonian dan ketenteraman masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, media melaporkan seramai lapan lelaki diberkas selepas disyaki terlibat dalam rusuhan bersenjata berhubung penundaan sebuah kereta kemalangan di Kampung Malaysia Tambahan, di sini.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, pihaknya menerima makluman kejadian daripada orang awam sekitar pukul 1.37 pagi. 

Menurutnya, kejadian berpunca daripada kes kemalangan sebuah kereta dan pergaduhan antara dua pihak untuk menunda kenderaan terbabit.

Bertindak atas maklumat, polis membuat tangkapan ke atas lapan lelaki warga tempatan berusia 22 hingga 44 tahun yang disyaki terlibat dalam kejadian rusuhan tersebut. 

Bagaimanapun, usaha lanjut masih diteruskan dan polis kini sedang mengesan suspek yang masih bebas.

Zam Halim berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN