Yayasan Bank Rakyat anjur program Road to Singkowoton 1.0

Yayasan Bank Rakyat santuni program Road to Singkowoton 1.0 di Sabah 

DARI kiri: Timbalan Pengarah Sektor Perancangan & Pengurusan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Mohd. Zaini Yanin; Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani; Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR, Junik Bajit dan Timbalan Pegawai Pendidikan Sektor Perancangan Pejabat Pendidikan Daerah Tenom, Zainal Manaf di Sesi Aku Janji Road To Singkawoton 1.0 2023 bersama pengetua-pengetua sekolah di Tenom, Sabah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yayasan Bank Rakyat (YBR) mengadakan Program Road to Singkowoton 1.0 dengan kerjasama Kelab Staf Pejabat Pendidikan Daerah Tenom, Sabah, semalam.

Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani dalam kenyataan berkata, program itu bertujuan memberi tumpuan utama dalam meningkatkan bilangan dan peratusan murid cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) khususnya di daerah itu.

“Penganjuran program ini diharap menjadi pemangkin kepada guru-guru untuk sentiasa menimba ilmu dan memperhebat lagi skil serta teknik pengajaran bagi meningkatkan prestasi peperiksaan SPM dan memperbaiki teknik pengajaran dalam mencapai prestasi cemerlang.

“Dalam usaha melestarikan matlamat meningkatkan taraf pendidikan sedia ada, tenaga pengajar merupakan elemen yang perlu diutamakan kerana mereka nadi utama kepada murid-murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

“Usaha murni ini juga merupakan inisiatif YBR dalam memartabat serta sentiasa mencari peluang dalam memberi impak positif bukan sahaja guru, malah pelajar melalui perkongsian ilmu,” katanya semalam.

Program berkenaan disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Sektor Perancangan dan Pengurusan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Mohd. Zaini Yanin di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tsi Sin, Tenom.

Program itu disertai 141 barisan pentadbir sekolah daerah itu.

Turut hadir ialah Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR, Junik Bajit dan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Tenom, Zainal Manaf. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya