Waris mangsa kemalangan di Ampang dicari

Waris mangsa kemalangan di Ampang dicari

GAMBAR MANGSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG: Waris kepada seorang lelaki yang maut dalam kemalangan di hadapan sebuah sekolah di Jalan Awan, Kuala Ampang, di sini, Ahad lalu sedang giat dikesan pihak polis.

Mangsa berusia 40-an itu, maut selepas terlibat dalam kejadian kira-kira pukul 1.24 pagi di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, ketika ditemukan, mangsa tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri selain tidak dipastikan warganegara ketika mayatnya ditemukan.

“Mangsa mempunyai ketinggian sekitar 170 sentimeter ke atas, memakai baju warna gelap, berseluar panjang warna hitam dan memakai kasut boot warna hitam ketika kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, pihak polis meminta waris mangsa untuk tampil membantu siasatan dan setakat ini mayat mangsa berada di Hospital Ampang.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai waris individu tersebut boleh terus menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Bahagian Siasatan Ampang Jaya, Inspektor Muhamad Yusaiful Muhamat Basir di talian 011-1307 8348 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran,” jelasnya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN