UMNO nilai kekuatan sebelum putus gerak solo atau pilih rakan kerjasama - Utusan Malaysia

UMNO nilai kekuatan sebelum putus gerak solo atau pilih rakan kerjasama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: UMNO akan menilai kekuatan terlebih dahulu sama ada memutuskan bergerak solo atau bersama rakan kerjasama sebelum Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) yang dijangka berlangsung pada 2027.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, parti perlu ‘ukur baju di badan sendiri’ dengan menilai kekuatan pada ketika itu dan bukannya ketika masa sekarang.

“Matlamat kami adalah PRU16, ketika itu kita ukurkan nanti badan sendiri, menilai kekuatan kita pada waktu itu. Kita tidak boleh nilai sekarang sebab ada empat tahun lagi,”  katanya ketika ditemui pemberita selepas program Sembang Santai PRK Pelangai di Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Felda Chemomoi di sini semalam.

Terdahulu Mohamad dalam program itu berkata, keputusan UMNO akan bergerak sendiri atau sebaliknya akan ditentukan kemudian iaitu menjelang PRU16 dan bukan waktu sekarang.

Katanya, pertempuran sebenar parti adalah PRU16 kerana jika Barisan Nasional (BN) dan UMNO diberikan mandat, banyak agenda pembangunan boleh dilakukan.

“Matlamat kita 2027, kita perlu mengadakan pilihan raya umum. Di situ kita perlu nilai diri kita sama ada kita kuat atau perlu rakan.

“Di situ nanti kita akan menilai diri kita. Di situ nanti kita pastikan sama ada kita dah kuat sangat, boleh berdiri sendiri, atau perlukan rakan atau tidak. Kita nilai pada ketika itu. Jangan kita asyik menilai diri kita sekarang, memang kita tak kuat sekarang, kita perlu rakan,” katanya.

Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, PRK amat penting kerana ia merupakan medan pertempuran kecil untuk mengendurkan kekuatan musuh.

Katanya, semua ahli dan penyokong BN tidak boleh terlalu selesa dengan kemenangan PRK Pulai dan Simpang Jeram kerana ujian sebenar adalah PRU16 yang dijangka dalam tempoh lima tahun lagi.

“Kita dalam proses memperkasa parti, setiap PRK merupakan medan tempur kecil kerana peperangan sebenarnya PRU16. Jadi kalau kita menang setiap pilihan raya, boleh mengendurkan musuh, itu satu perkara mesti dilakukan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN