Ulek Mayang difilemkan ikut standard antarabangsa - Utusan Malaysia

Ulek Mayang difilemkan ikut standard antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEJAYAAN filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan sedikit sebanyak meyakinkan pengarah Bade Hj Azmi dan penerbit Langit Terang, Nur Hussein untuk membawa naskhah lagenda klasik Ulek Mayang ke pentas antarabangsa. 

Walaupun ramai yang mengaitkan Ulek Mayang dengan unsur mistik, namun cerita sebenarnya mengisahkan percintaan antara puteri bernama Mayang dengan seorang nelayan bernama Awang. Oleh itu, kisah Ulek Mayang wajar dibawa ke depan serta diwariskan sebagai cerita rakyat masyarakat asal Terengganu yang penuh budaya. 

Penerbit turut melantik Valus Vision International Film Distribution yang diwakili Jimmy Wong dan Charmaine Loke bagi  memberi nasihat bagaimana filem Ulek Mayang lulus diterima mengikut standard tayangan antarabangsa khususnya United Kingdom. 

“Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan budaya dan cerita rakyat. Filem adalah platform dan peluang yang baik untuk tonjolkan keunikan kita kepada dunia. Sudah masanya kita eksport bakat dan lakonan kita kepada orang luar. 

“Setakat ini kita belum ada filem dari Malaysia yang mengikut standard format filem antarabanga. Menerusi Ulek Mayang, kita hasilkan filem dengan standard pendokumentasian agar ia boleh diedarkan lebih meluas di negara luar,” kata Jimmy Wong.  

Jimmy Wong ditemui Hits ketika majlis sidang media filem Ulek Mayang baru-baru ini. 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN