UiTM wujud Klinik Bantuan Guaman - Utusan Malaysia

UiTM wujud Klinik Bantuan Guaman

ROZIAH Mohd. Janor (dua dari kiri) memotong riben sebagai tanda perasmian Klinik Bantuan Fakulti Undang-Undang di Sham Alam hari ini. - UTUSAN/ABDUL RAZAK DRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Fakulti Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA (UiTM) melancarkan Klinik Bantuan Guaman bagi memberi perkhidmatan kepada orang ramai.

Pengarah Klinik Bantuan Guaman Fakulti Undang-Undang, Syazni Nadzirah Ya’cob berkata, klinik tersebut akan menawarkan khidmat nasihat dalam pelbagai bidang undang-undang, khususnya berkenaan undang-undang hartanah dan pentadbiran harta pusaka.

“Klinik Bantuan Guaman ini akan membantu semua lapisan masyarakat untuk mendapatkan nasihat perundangan, tanpa mengira status sosio ekonomi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Klinik Bantuan Guaman oleh Naib Canselor UiTM, Prof.Datuk Dr. Roziah Mohd. Janor di sini hari ini.

Syazni Nadzirah berkata, klinik tersebut merupakan penjenamaan semula daripada nama Pusat Perundingan dan Nasihat Perundangan.

“Penubuhan klinik ini bertujuan untuk menjadi sebuah pusat khidmat nasihat dan perundingan undang-undang kepada semua warga universiti serta masyarakat umum, dimana ia akan dikendalikan oleh para pensyarah Fakulti Undang-Undang yang berpengalaman dan dibantu para pelajar tahun akhir fakulti,” katanya.

Sementara itu Roziah ketika berucap berkata, perasmian klinik tersebut adalah selaras dengan komitmen UiTM untuk memanfaatkan kepakaran pensyarah universiti bagi membantu memenuhi keperluan rakyat dan negara.

Tambahnya lagi, ia juga memberi peluang kepada para pelajar Fakulti Undang-Undang untuk menerapkan kepentingan memberi khidmat nasihat pro bono, atau secara percuma, kepada mereka yang memerlukan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya