Tunggu masa sesuai, ikut keperluan - Studio Kembara - Utusan Malaysia

Tunggu masa sesuai, ikut keperluan – Studio Kembara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Produksi filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Studio Kembara bakal memberi penjelasan berhubung kontroversi melibatkan pertukaran pengarah, Areel Abu Bakar di saat akhir.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Urusan Studio Kembara, Abdul Rahman Mt Dali berkata, penjelasan tersebut akan diumumkan mengikut ketetapan waktu yang dilihat bersesuaian.

“Pihak kami akan memberi maklum penjelasan pada waktu yang sesuai mengikut keperluan keadaan.

“Dalam pada masa yang sama, Studio Kembara juga sedang fokus menyiapkan filem kedua, Pendekar Awang (working title),”ujarnya.

Terdahulu, pengarah Walid, Areel Abu Bakar terkilan kerana pihak produksi, Studio Kembara menghentikan perkhidmatannya sebagai sutradara walaupun sudah 90 peratus kerja pengarahan filem Pendekar Awang sudah dijalankan.

Dakwa Areel, pihak produksi menghentikan perkhidmatannya tanpa alasan kukuh secara tiba-tiba walaupun filem tersebut itu sudah siap menjalani penggambaran dan memasuki fasa suntingan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN