TIDAK RASMI: Suhaizan mendahului di Parlimen Pulai

TIDAK RASMI: Suhaizan mendahului di Parlimen Pulai

BEBERAPA petugas SPR membawa beg berisi peti undi ke pusat Penjumlahan Undi PRK Parlimen Pulai di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kayat mendahului dengan selesa kiraan undi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Johor itu meraih1,292 undi setakat pukul 7.30 malam.

Suhaizan meninggalkan pencabarnya yang mewakili Perikatan Nasional (PN), Zulkifli Jaafar (877) dan calon Bebas, Samsudin Mohamad Fauzi (14).

Parlimen Pulai menyaksikan seramai 166, 653 pengundi yang layak melakukan pemilihan yang terdiri daripada 44.17 peratus kaum Melayu, Cina (40.47%), India (12.30%) dan lain-lain (30.5%).

PRK Parlimen Pulai diadakan ekoran kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) November tahun lalu, Salahuddin mempertahankan kerusi Parlimen Pulai selepas memperoleh 64,900 undi dengan majoriti 33,174 undi menewaskan Datuk Nur Jazlan Mohamed daripada Barisan Nasional (BN) yang memperoleh 31,726 undi, manakala calon PN, Loh Kah Yong meraih 20,677 undi. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN