Tiada ancaman bom di Bank Negara

Tiada ancaman bom di Bank Negara

ALLAUDEEN ABDUL MAJID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiada sebarang ancaman bom ditemukan di Bank Negara Malaysia (Bank Negara) di sini yang didakwa dalam mesej tular, hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu kira-kira 3 petang tadi.

“Seorang pegawai Bank Negara menerima panggilan mengenai ancaman itu dan sepasukan polis bersama Unit Pemusnah Bom dihantar ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan.

“Bagaimanapun, pemeriksaan yang dijalankan tidak menemukan sebarang objek mencurigakan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, tersebar mesej mengenai ancaman bom di bangunan BNM dan kakitangan mereka diminta bekerja dari rumah susulan penutupan sementara.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN