The Knights Award Musim 2 iktiraf kejayaan usahawan Asia

The Knights Award Musim 2 iktiraf kejayaan usahawan Asia

knights award
DR. ZYRO Wong dalam sidang akhbar The Knights Award di Chakri Raintree Skybar Hartamas, dekat Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/M FIRDAUS M JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: The Knights Award kembali buat kali kedua 13 Disember ini untuk mengiktiraf kejayaan usahawan-usahawan di seluruh Asia yang berjaya menempa nama dalam bidang masing-masing.

Presiden The Knights Award, Dr. Zyro Wong berkata, anugerah perniagaan berprestij ini melambangkan kecemerlangan, inovasi dan kemapanan usahawan tersebut.

“Ia juga menandakan pertumbuhan dan perkembangan komuniti perniagaan yang menjadi tonggak ekonomi Malaysia di samping, mewujudkan perhubungan elit dalam kalangan pemimpin bagi membolehkan kerjasama rentas sempadan industri untuk pendedahan pasaran maksimum.

“The Knights Award yang akan diadakan pada Disember ini di W Hotel, Kuala Lumpur akan dipertingkatkan lagi standardnya dengan kehadiran lebih ramai pemimpin perniagaan antarabangsa dan nasional, selebriti, pemimpin-pemimpin penting dan pemegang taruh.

“Pencalonan bagi The Knights Award telah dibuka dan orang ramai boleh melakukannya sehingga November. Kita akan memilih dalam 50 hingga 60 pemenang mengikut keunikan dan kelebihan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar The Knights Award di Chakri Raintree Skybar Hartamas, di sini semalam.

Terdahulu, The Knights Award Musim Satu diadakan pada Jun lepas dan seramai 70 individu tersenarai sebagai penerima anugerah tersebut atas khidmat kecemerlangan serta kepimpinan dalam dan luar negara.

Zyro berkata, The Knights Award Musim Kedua ini akan dapat menyaksikan lebih banyak kisah yang mampu memberi inspirasi kepada usahawan lain.

“Saya percaya platform elit ini dapat menyumbang kepada pertumbuhan komuniti perniagaan di negara ini di samping usahawan dan pemegang taruh mendapat peluang untuk berkongsi ilmu dengan satu sama lain tidak kira dari bidang mana mahupun saiz perniagaan.

“Kita tidak tumpu pada industri kreatif sahaja seperti yang lain, tetapi, anugerah ini merangkumi industri yang sebelum ini mungkin tidak mendapat perhatian,” katanya.

Beliau berkata, majilis hari ini turut menyaksikan pemeteraian tiga Memorandum Persefahaman (MoU) melibatkan The Knights Award. MOU pertama ditandatangani dengan Malaysia-China Silk Road Business Chamber bertujuan untuk memudahkan perniagaan dalam usaha pasaran antarabangsa mereka, khususnya dalam pasaran China.

“MoU kedua melibatkan The Knights Award dan Influasia iaitu platform media digital terulung Malaysia yang bertujuan untuk meningkatkan penjenamaan dan keterlihatan pemenang anugerah kami.

“The Knights Award memeterai MOU ketiga dengan Chamrun Digital Group bagi memfokuskan pada penyediakan sokongan kepada pemenang kami dalam usaha transformasi digital mereka yang dapat meningkatkan daya saing mereka,” katanya. – UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

BERITA BERKAITAN