Syed Saddiq tunjuk 'warna sebenar' - Utusan Malaysia

Syed Saddiq tunjuk ‘warna sebenar’

AHMAD ZAKI SHAH SHAH HEADAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman disifatkan menunjukkan ‘warna sebenar’ selepas mengumumkan secara rasmi menarik diri sebagai penyokong Kerajaan Perpaduan berkuat kuasa-serta merta dan memilih menjadi pembangkang kuasa ketiga dalam Dewan Rakyat.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Pulau Pinang, Ahmad Zaki Shah Shah Headan berkata, ini kerana sepanjang berada bersama blok Pakatan Harapan (PH), Syed Saddiq lebih cenderung mengkritik Kerajaan Perpaduan.

Malah, Ahmad Zaki berkata, Syed Saddiq yang juga Presiden MUDA juga dilihat tidak pernah mengeluarkan komen menghentam Perikatan Nasional (PN).

”Apabila beliau (Syed Saddiq) umum menarik sokongan kepada Kerajaan Perpaduan, kita persoalkan motifnya sebab sepanjang berada dalam kerajaan PH, beliau hanya hentam Kerajaan Perpaduan, tidak pernah komen atau hentam PN.

“Jadi sekarang ‘true color’ beliau kita dah nampak, sebelum ini beliau nafikan, tetapi sekarang kita dah dapat nampak siapa sebenarnya MUDA dan Syed Saddiq,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Syed Saddiq semalam secara rasmi menarik diri sebagai penyokong Kerajaan Perpaduan berkuat kuasa-serta merta dan memilih menjadi pembangkang kuasa ketiga dalam Dewan Rakyat.

Menurut Syed Saddiq, antara sebab utama tindakan itu adalah kerana langkah Kerajaan Perpaduan di bawah kepemimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akhir-akhir didakwanya dilihatnya bertentangan dengan prinsip kedaulatan undang-undang

Mengulas lanjut, Ahmad Zaki berkata, walaupun Syed Saddiq telah menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan, Presiden MUDA itu perlu ingat beliau memenangi kerusi Parlimen Muar atas kapasiti sokongan PH ketika Pilihan Raya Umum Ke-15.

Tambah Ahmad Zaki, penarikan sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan itu juga dilihat tidak akan memberikan impak besar kepada Kerajaan Perpaduan dan beliau yakin gabungan Kerajaan Perpaduan masih kekal utuh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya