Syed Saddiq boleh tarik sokongan jika janji tidak ditepati - Tun M

Syed Saddiq boleh tarik sokongan jika janji tidak ditepati – Tun M

MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan bahawa Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bebas untuk menarik balik sokongan ke atas kerajaan jika berpendapat Kerajaan Perpaduan telah memungkiri janjinya.

Bekas Pengerusi Pakatan Harapan (PH) tersebut bagaimanapun enggan mengulas apakah dimaksudkan beliau mengenai isu janji tidak dipenuhi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bahkan, bekas Ahli Parlimen Langkawi itu tidak menyentuh senario Kerajaan Perpaduan pada masa ini yang dilihat begitu rapuh mengulangi situasi era pentadbiran sebelumnya.

“Ahli Parlimen Muar itu boleh berbuat demikian .Dia (Syed Saddiq) mempercayai apa yang dijanjikan pucuk kepimpinan blok itu, namun apabila mereka tidak menunaikan janji, dia boleh tinggalkan,” katanya kepada pemberita selepas menjadi panel diskusi Minggu Negarawan bersempena Bulan Kemerdekaan 2023 di sini hari ini.

Ahad lalu, Syed Saddiq yang juga ialah Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) membuat kejutan apabila mengumumkan partinya keluar daripada Kerajaan Perpaduan sebagai tanda bantahan terhadap keputusan mahkamah melepas tanpa membebaskan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan jenayah.

Situasi tidak dijangka itu menyaksikan Kerajaan Perpaduan kehilangan sokongan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat apabila kurang satu kerusi daripada keseluruhan 222 kerusi.

Blok berkenaan yang dibentuk melalui kerjasama 14 parti ketika ini hanya mempunyai 147 kerusi manakala pembangkang yang dikenali Perikatan Nasional (PN) menjadi 74 kerusi.

Barisan Nasional (BN) melakar sejarah apabila buat julung kali hilang majoriti dua pertiga ketika Pilihan Raya Umum (PRU) pada 2008 dengan cuma mempertahankan 140 kerusi.

Blok tersebut sekali lagi gagal berbuat demikian semasa PRU pada 2013 apabila meraih 133 kerusi sebelum tumbang pada 2018 kepada PH yang hanya memenangi 121 kerusi.

Ketidakstabilan politik tanah air berterusan lagi sewaktu PRU tahun lepas yang menyaksikan PH memperoleh 82 kerusi berbanding PN dengan 74 kerusi dan BN pula 30 kerusi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya