Suami orang? Tak nak, saya tak mahu sakiti hati wanita lain - Linda Nanuwil - Utusan Malaysia

Suami orang? Tak nak, saya tak mahu sakiti hati wanita lain – Linda Nanuwil

Tidak mahu ‘hilang’ lagi, Linda berjanji untuk beri sepenuh jiwa dan komitmen dalam bidang seni demi peminat
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Linda Nanuwil mendedahkan pernah beberapa dikejar suami orang termasuk berstatus VIP yang menjanjikan bulan bintang untuk hidup bersama.

Namun Jika Kau Kekasih itu menegaskan tidak akan menjadi penyondo rumah tangga mana-mana wanita lain kerana tidak mahu melukakan hati sesiapa.

“Tipu kalau kata tidak ada. Memang ada suami orang yang cuba mendekati namun saya menolak. Saya cepat-cepat elak daripada meneruskan sebarang hubungan sebelum menjadi lebih serius.

“Saya tak mahu digelar sebagai perosak rumah tangga orang. Saya tidak mahu melukakan hati wanita lain. Itu prinsip hidup saya. Tak apalah jika ‘jomblo’ asalkan bukan suami orang,” katanya.

Linda ditemui Utusan Malaysia ketika pelancaran teater Lantai T. Pinkie karya Sasterawan Negara (SN), Datuk Seri A Samad Said yang bakal dipentaskan di Balai Budaya Tun Syed Nasir, DBP selama tiga hari bermula 6 Oktober depan.

Teater muzikal ini mendapat sentuhan Dr Rosminah Mohd Tahir sebagai pengarah dan diterbitkan CTRA Production.

Selain Linda, Lantai T. Pinkie juga menampilkan Nbaila Huda, Zera Hariz, Faysal Saad, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Datuk Jalaluddin Hassan dan ramai lagi.

Dalam pada itu, bekas peserta Gegar Vaganza musim ketujuh itu juga enggan berkongsi kasih atau pasangan dengan wanita lain.

“Setiap kali ada suami orang yang mendekati, saya cuba letakkan diri dalam situasi isteri mereka.

“Siapa yang mahu dan rela bermadu? Berkongsi kasih dan perasaan,” kongsinya yang mengakui masih solo dan tidak pernah mendirikan rumah tangga sebelum ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya